Friday, June 12, 2015

DESERT - YOGURT

Hari ni saya nak promosi outlet yogurt Bumiputera.  Kalau tak silap owner dia wanita muslim dalam umur 40an. tapi tak berapa sure, Outlet yg saya pergi ni kat KLIA2, al maklumler rumah kita dekat dengan KLIA kan. Tempatnya betul2 lepas kita kuar dr gate arrival tu and boothnya belah kanan,  Boleh take away juga boleh duduk makan kat situ.  

Maafler hakak ni kan bukannya blogger makanan yg season, tau beli .. makan .. amik gambau pastu baru teringat nak cek sume produk kan? Kalau nak tau lebih lanjut.. ni website atau FBnya. Cek le kat situ ye.

Yang ni topping2 nya.  Ni sebahagian aje, banyak lagi tapi jurugambar tak pandai nak amik sume

Kalau nak duduk pun boleh, tpt lepak sementara menunggu arrival

Ini saya punya.. oreo mint dgn tambahan dark choc shaving
Ini gerainya ehem.. abaikan makcik tu

Wednesday, May 20, 2015

9. MI UDANG MMA SANTAI CORNER



Ha ha letak gambar je saya dah kelior.. smlm saya pi makan mi Udang kat MMA Santai Corner.  Yg ni Mi Udang L. ada 10 ekor udang harga RM 12.00.  Harga sedap cuma a bit sweet for my taste.  Apa pun berbaloi2

Kat MMA Santa Corner ni ada macam2 .. ada Burger Bakar .. Sate Kajang.. Asam Pedas.. Western .. Sizzling.. eh macam2 lah.. sapa yg nak tau kat mana tgk address and  map ni

MMA Santai Corner

Putra Point
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan 


Wednesday, May 13, 2015

8. CILI HIJAU GORENG KICAP


Saya tak tau samada keluarga lain di Melaka ada resepi ini. Cili Hijau Goreng Kicap.  Ini makanan kegemaran Kak Long saya. Bertahun Kak Long di perantauan UK, bila balik cuti Kak Long minta mak masak lauk ni.  Lauk ni simple dan kepedasan bergantung pd cili hijau tu.  kalau rasa2 pedas boleh buang cilinya.  Kebiasaanya saya akan belah dua tanpa putus cili hijau tu dan direndam sedikit kapur sebelum dicuci bersih (air kapur buang) untuk merangupkan cili.   Dalam gambar di atas saya malas rendam ngan kapur sbb nak cepat and saya tak belah cili sbb leceh bg saya

Resepi

Bawang besar sebiji - dimayang
Bawang putih 3 ulas - dimayang
Halia sedikit - dihiris memanjang
10 biji cili hijau - belah dua n rendam air kapur sekejap selepas itu cuci supaya tiada bekas kapur di cili
Ikan bilis sedikit
Kicap manis n masin
cuka
Minyak

panaskan minyak, masukkan bawang, halia n bwg putih kacau hingga layu, masukkan ikan bilis dan kacau hingga sedikit garing, masukkan cili kemudian cuka dan kicap. Rasa utk sesuaikan masam, manis n masinnya.

Orang lain mungkin pelik sbb cili hijau dibuat sayur...tapi saya dan adik beradik saya memang suka lauk ni. lagi pedas lagi sedap.

Tuesday, May 12, 2015

6. HOMECOOKED FOOD - KUINI

Mana2 pun makan .. makanan masak kat rumah paling sedap.. he he..ni kes masuk bakul angkat sendiri. Tapi memang sume chef mcm tu kan. Lepas masak2 terus rasa pastu kata

Emmmmm... it looks good.. can't wait to eat.. its delicious. .succulent .. melt in the mouth.. bla bla..

Tak penah ada Chef yg masak kt tv tu ckp dia masak tak sedap kan?

Anyway.  Balik kg baru ni Bapak bg banyak Kuini. 4 biji bg kat PATKSU Kementerian sbb ke PUJ pagi tadi .. 2 biji bg cleaner  opis.. 6 biji makan ngan opis mate. Tinggal 3 biji kat rumah.

Masa nak masak dinner (walau dah kol 9 mlm.. mana tak gedebab aku ni) kuarkan pucuk ubi kak long bagi.. cari tempoyak takde lak stok. Nak letak kuini dlm masak lemak pucuk ubi mcm pelik aje. 

Tanya Makcik Googlay sume buat sambal belacan kuini. Apa pun ada sebiji yg agak muda mak dicampakkan dlm kuah lemak tu. Rasa sedap gak.


2 biji yg manis sebhgn jadi sambal belacan sebahagian lagi jadi desert..




Alhamdulillah. .. sendawa cam ada bau kuini je.


Monday, May 11, 2015

5. ROTI CANAI P16, PUTRAJAYA

Favourite place for breakfast
Setiap kali saya ditugaskan ke Putrajaya di waktu pagi, saya akan singgah sarapan di sini.  Di gerai no 5, Pusat Komuniti Precint 16, Putrajaya. Di sini senang parking, letak kereta di mana sahaja asalkan jgn menghalang jalan atau kereta org lain.  Ni gerai ore Kelate, so makanan yg dijual juga selera Kelate.. ada laksam, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan roti canai.  Selalunya saya akan makan roti canai atau nasi kerabu.  




Yang pasti saya akan mengambil Gulai Daging ni semangkok penoh.. tak kira apa pun yg saya makan Gulai Daging ni wajib.  walaupun saya cuma makan daging sahaja dan bukan segala organ dalaman (paru. limpa and hati).  Yg ni saya tak sempat nak menapis dan memilih daging sbb tuannya ada kat sebelah, takut ditegur. .. ada lah termasuk limpa gak


Hari ni saya makan dua keping roti boom.. agak manis sikit kat bahagian tengah. tapi oklah .. saya kalau makan roti canai memang cari orang Melayu yg buat. Kalau bangsa lain memang susah nak telan.

Portion size - Roti boom ni tebal dan mampat, beli sekeping mcm tak cukup beli 2 keping tadi tak habis lak ...cheh!!!! membazir amalan syoitan.

Rasa - oklah bg tekak saya, tak ler super duper sedap roti tu, tapi gulai tu sedap walau agak berminyak.

Harga - RM 5.00 termasuk 2 keping termasuk gulai daging semangkuk ..

Layanan - self service tapi servis memang pantas, baru cakap nak air tak sampai 2 minit dah letak atas dulang utk kita collect. Ada kalau lambat sikit esp kalau org gomen ramai2 dtg makan

Suasana - kipas angin je, so kalau makan memang peluh2.  Saya tak kisah makan sorang kat situ walaupun ada mata2 yg megerling,. who cares .. duit aku .. suka hati lah... 





4. FISH BENTO - DAEBAK KOREAN FOOD

Sebelum panjang lebar, saya nak tekankan yg saya bukannya blogger food review yg tegar, order sume makanan dan komen.  Ekonomi mereka tegar juga berbanding dengan ekonomi saya yg lemah ni, maka saya cuma review makanan yg saya order dan makan.  Lagipun kalau order tapi tak habiskan.. itu amalan syoitan namanya... membazir.

Balik dr keja minggu lepas saya singgah di KLSentral utk makan.  Di KlSentral ada food court baru dibuka bersebelahan stesen transit ERL KLIA dan berhadapan pintu LRT Putra - FOOD LOFT.  Ada banyak kedai di situ termasuklah kedai mamak, kedai nyonya, mi tarik warisan,coffee cafe etc etc.

Disebabkan saya menonton drama Korea baru ni maka craving for Korean Food.  Di NuSentral bersebelahan ada kedai makanan Korea - B. Bap juga yg sedap esp kimbapnya tapi saya ada buat kecoh sikit hari tu kat sana pasal "service charge".. ha ha ha takut mereka ingat pd saya lagi. Tunggulah sampai mereka lupa muka saya .. ataupun saya boleh ke K Avenue aje.

Di Daebak Cafe ni ada mcm2 makanan Korea termasuk bulgogi, bibimbap dan lain2. Tapi kali ni saya tak nak makan daging atau ayam makan saya pilih Fish Bento. 


Harganya termasuk bap (nasi putih), kimchi, gamja salad (mash potato salad), gyeranmari (Korean egg roll), cabbage salad with mayo, Seng Sung Jeon (Fish fillet - rasanya ikan Dori), tartar sauce, tembikai dan Korean dropped-egg soup.  Air hijau tu complimentary utk set meal - green tea lemon barley drink.


Saya suka rasa hidangan saya, ikannya segar dengan tartar sauce yg masam manis dgn kuantiti yg tidak kedekut.



Lihat... very flaky and yummy, dua keping besar yg mengenyangkan.

Portion size - oklah utk saya makan malam

Rasa - menepati selera saya walaupun kimchinya agak masam.. (saya kurang gemar kimchi masam sgt)

Harga - 1 set RM 15.00 (termasuk GST)

Layanan - oleh kerana ia food court maka layan diri lah, order di kaunter, bayar dan tunggu.  Mungkin pelanggan tak ramai saya menunggu sekejap sahaja. Ownernya ada disitu semasa saya dtg jadi dia melayan dengan penuh mesra.

Keselesaan - Bersih dan selesalah juga walaupun bangkunya agak kecik utk saiz besar mcm saya, tapi jika kita makan tanpa ada minuman, kita akan diganggu pelayan menawarkan minuman utk kita order. Apapun saya selesa makan sendirian di situ.






Wednesday, April 29, 2015

3. KARIPAP SARDIN SEDAP

Hari ni saya cuti hantar Arif ke Akademi Memandu Pajam di jalan Batang Benar. Selepas membayar yuran saya lalu di kantin Akademi tu.  Ternampak karipap ni mcm best aje. Esp tang kulit tu cam memanggil2. Saya tanya
"Karipap apa dek? "
"Sardin kak .. 5 biji 2 ingget"

Ini sudah baik. Dah lah sardin harga pun murah Gst pun takde.

Memang tekaan saya ia Sedap n Lazat. Kulitnya rangup walaupun dah sejuk. Saya makan hingga ke kelepetnya. Sapa kenal saya tahu saya kurang minat karipap terutama bahagian kelepet saya akan buang.  Rasa tepung pun tak masin n nipis. Isinya banyak dan sedikit manis. Lom sampai 2 km sudah tinggal 3 biji aje.. cecepat simpan supaya tidak saya habiskan.

So untuk peminat karipap kalau ke Nilai atau dari Nilai melalui LEKAS carilah Akademi Memandu Pajam.

Monday, April 27, 2015

2. HAJJAH MARIAM CAFE


What can I say......droollllllllinnnnggggg

Sedap.. sedap.  Ini kali kedua saya berkunjung ke Hajjah Mariam Cafe, di West Gate, Jurong East, Singapore.  Speciality Hajjah Mariam Cafe adalah Nasi Ambeng, although ada juga makanan-makanan lain untuk nasi campur and lontong or soto which saya tak berapa tau since concentrate pd Nasi Ambeng.  kelainan kat sini adalah nasi ambeng dihidangkan di dalam talam/dulang.  Teringat masa kekecik makan dalam dulang bila ada kenduri doa selamat atau majlis kawin.  Yang gambar kat atas tu saiz dulang air adalah untuk dua orang.  Kalau untuk 4 org dulang/talamnya besar sikit. Orang Melaka kata dulang kecik tu dulang air and dulang utk 4 orang tu dulang hidang kueh.

Yang di atas adalah kombinasi Nasi Ambeng Daging dan Ayam.  Itu saja perbezaannya.  Yang lauk lain sume sama. Ada sambal goreng (ala Singapore) serunding/urap kelapa, sambal belacan, pegedil dan acar.  Yang di atas acarnya dah habis jadi digantikan dengan terung... anyway saya pun kurang gemar acar so its ok.  Selain dari itu kita boleh order ikan dan lain-lain lauk extra,  Untuk take away pun mereka ada talam plastik dengan cover lengkap.

Portion size - besar, kami makan berdua pun tak habis. Apa taknya nasi dua mangkuk lauk.

Rasa - sedap, berasalah bak kata org melayu and paling saya suka ada sambal goreng.  Urap kelapa/serunding kelapa tu ada sedikit manis to my liking

Harga - SGD 16.00 which abt RM 42.00 untuk dua orang makan tak termasuk tambahan lauk dan air.

Layanan - ada sedikit kurang mungkin kerana orgnya ramai dan terpaksa beratur untuk menunggu

Keselesaan - Kafe ni kecil dan ada beberapa meja saja, Jadi kena tunggu and agak sempit bak kata org melayu duduk berlaga punggung le jugak.

p/s Anybody yang nak mulakan makan dlm talam kat Malaysia?

1. MAKANAN PALING SEDAP


Untuk posting saya yang pertama adalah Nasi Arab Ayam Panggang di Safwan Tower Mekah.  Tekak ni masih terasa2 kesedapanya hingga menjilat jari. Makan share dgn rakan sebilik tapi sayang rakan sebilik tak sihat jadi dengan gembira saya menghabiskannya.  Apa pun just nak bagi tau Nasi Arab yg terbaik dan tersedap adalah di negara Arab... terutama di Madinah dan Mekah hingga menjilat jari u....