Wednesday, May 13, 2015

8. CILI HIJAU GORENG KICAP


Saya tak tau samada keluarga lain di Melaka ada resepi ini. Cili Hijau Goreng Kicap.  Ini makanan kegemaran Kak Long saya. Bertahun Kak Long di perantauan UK, bila balik cuti Kak Long minta mak masak lauk ni.  Lauk ni simple dan kepedasan bergantung pd cili hijau tu.  kalau rasa2 pedas boleh buang cilinya.  Kebiasaanya saya akan belah dua tanpa putus cili hijau tu dan direndam sedikit kapur sebelum dicuci bersih (air kapur buang) untuk merangupkan cili.   Dalam gambar di atas saya malas rendam ngan kapur sbb nak cepat and saya tak belah cili sbb leceh bg saya

Resepi

Bawang besar sebiji - dimayang
Bawang putih 3 ulas - dimayang
Halia sedikit - dihiris memanjang
10 biji cili hijau - belah dua n rendam air kapur sekejap selepas itu cuci supaya tiada bekas kapur di cili
Ikan bilis sedikit
Kicap manis n masin
cuka
Minyak

panaskan minyak, masukkan bawang, halia n bwg putih kacau hingga layu, masukkan ikan bilis dan kacau hingga sedikit garing, masukkan cili kemudian cuka dan kicap. Rasa utk sesuaikan masam, manis n masinnya.

Orang lain mungkin pelik sbb cili hijau dibuat sayur...tapi saya dan adik beradik saya memang suka lauk ni. lagi pedas lagi sedap.

10 comments:

  1. mmg pelik sbb xpenah pulak saya nampak cili ganti sayur
    tp sy akui, kdg2 resepi family kita x sama ngan org lain
    sy igta nak buat jugak satu blog kumpul resepi mak saya
    wpun mgkin x sehebat chef, tp itulah kegemaran kami masa kecik dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa. Tulah bila kak sya tanya orang lain, katanya tak pernah pulak buat tapi memang top kat rumah dulu. lagipun masa tu cili hijau murah aje

      Delete
  2. Sya...tetiba kecur airliur tgk lauk ni... sedapnya...cukup lengkap dpt 1 lauk ni pun dah cukup dgn nasi panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ani.. kena pulak dengan ikan kembong goreng garing2 kan... leleh air lior

      Delete
  3. Sedapnyaaaa... terliur... saya suka saya suka... biasanya saya buat gini banyak banyak dalam ayam goreng kicap... dan saya makan cili dan bahan bahan tu... anak pula makan ayamnya.... nak leleh air liur. Rupanya ada masakan gini yer... (cuka saya ganti dengan asam keping/jawa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha selalunya org akan letak cili dalam goreng kicap ayam atau daging atau ikan. Tapi yg ni letak ikan bilis aje. Kalau rendam air kapur cili tu jadi rangup sangat

      Delete
    2. Terima kasih atas tips... errr.... kena tuang kapur kasut anak nih....

      Hahaha... terkejut kak sya nanti... kena beli kapur makan la nampaknya... jarang simpan... kalau simpan pun selalunya keras gitu jer...

      Delete
    3. Eh kapor makan yg org calit kat sirih tu tau, bukan kapor kasut

      Delete
  4. apa niiiiii?? tak aci..terliur ni tau... hehe..
    mmg sedap.
    ohhh..baru nak tanya kenapa rendam kapur.
    rupanya nak bagi rangup
    boleh try ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try-try, arwah nenek kak sya dulu selalu suruh rendam kapur mangga, timun, carot, cili untuk buat acar sebab nanti bila kunyah bunyinya krup krup krup

      Delete