Monday, May 11, 2015

5. ROTI CANAI P16, PUTRAJAYA

Favourite place for breakfast
Setiap kali saya ditugaskan ke Putrajaya di waktu pagi, saya akan singgah sarapan di sini.  Di gerai no 5, Pusat Komuniti Precint 16, Putrajaya. Di sini senang parking, letak kereta di mana sahaja asalkan jgn menghalang jalan atau kereta org lain.  Ni gerai ore Kelate, so makanan yg dijual juga selera Kelate.. ada laksam, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan roti canai.  Selalunya saya akan makan roti canai atau nasi kerabu.  




Yang pasti saya akan mengambil Gulai Daging ni semangkok penoh.. tak kira apa pun yg saya makan Gulai Daging ni wajib.  walaupun saya cuma makan daging sahaja dan bukan segala organ dalaman (paru. limpa and hati).  Yg ni saya tak sempat nak menapis dan memilih daging sbb tuannya ada kat sebelah, takut ditegur. .. ada lah termasuk limpa gak


Hari ni saya makan dua keping roti boom.. agak manis sikit kat bahagian tengah. tapi oklah .. saya kalau makan roti canai memang cari orang Melayu yg buat. Kalau bangsa lain memang susah nak telan.

Portion size - Roti boom ni tebal dan mampat, beli sekeping mcm tak cukup beli 2 keping tadi tak habis lak ...cheh!!!! membazir amalan syoitan.

Rasa - oklah bg tekak saya, tak ler super duper sedap roti tu, tapi gulai tu sedap walau agak berminyak.

Harga - RM 5.00 termasuk 2 keping termasuk gulai daging semangkuk ..

Layanan - self service tapi servis memang pantas, baru cakap nak air tak sampai 2 minit dah letak atas dulang utk kita collect. Ada kalau lambat sikit esp kalau org gomen ramai2 dtg makan

Suasana - kipas angin je, so kalau makan memang peluh2.  Saya tak kisah makan sorang kat situ walaupun ada mata2 yg megerling,. who cares .. duit aku .. suka hati lah... 





3 comments:

  1. Sya...aku kalau pasal roti bom yg buat terbantut selera ialah kemanisan tu... hmmmm ada laksam....my feveret...syedapppp

    ReplyDelete
  2. Betulkan kak ani? Tadi tu ada gula sikit tapi tak manis sangat so aku ok. Laksam dia memang best

    ReplyDelete
  3. betul tu kak, sy pun skrg cerewet bab makan
    roti canai melayu boleh telan, kalau mamak? aduiiii........
    gulai kawah kot, sy suka berbuka beli gulai kawah
    boleh makan sampai sahur

    ReplyDelete