Disclaimer : Review makanan ini adalah berdasarkan lidah, tekak, selera dan citarasa saya sendiri. Jadi ia bukan mewakili rasa sejagat kerana lidah kita semua berbeza. Begitu juga dgn masa, kerenah dan keadaan hidangan, layanan, suasana dan kedai tersebut adalah pendapat saya pada waktu dan ketika saya menikmati hidangan di depan saya. Tak mungkin akan sama dgn anda.Jadi janganlah jadikan ia panduan 100%.. maaf dipinta jika review saya tidak anda sukai dan senangi. Terima Kasih.
Monday, April 27, 2015
2. HAJJAH MARIAM CAFE
What can I say......droollllllllinnnnggggg
Sedap.. sedap. Ini kali kedua saya berkunjung ke Hajjah Mariam Cafe, di West Gate, Jurong East, Singapore. Speciality Hajjah Mariam Cafe adalah Nasi Ambeng, although ada juga makanan-makanan lain untuk nasi campur and lontong or soto which saya tak berapa tau since concentrate pd Nasi Ambeng. kelainan kat sini adalah nasi ambeng dihidangkan di dalam talam/dulang. Teringat masa kekecik makan dalam dulang bila ada kenduri doa selamat atau majlis kawin. Yang gambar kat atas tu saiz dulang air adalah untuk dua orang. Kalau untuk 4 org dulang/talamnya besar sikit. Orang Melaka kata dulang kecik tu dulang air and dulang utk 4 orang tu dulang hidang kueh.
Yang di atas adalah kombinasi Nasi Ambeng Daging dan Ayam. Itu saja perbezaannya. Yang lauk lain sume sama. Ada sambal goreng (ala Singapore) serunding/urap kelapa, sambal belacan, pegedil dan acar. Yang di atas acarnya dah habis jadi digantikan dengan terung... anyway saya pun kurang gemar acar so its ok. Selain dari itu kita boleh order ikan dan lain-lain lauk extra, Untuk take away pun mereka ada talam plastik dengan cover lengkap.
Portion size - besar, kami makan berdua pun tak habis. Apa taknya nasi dua mangkuk lauk.
Rasa - sedap, berasalah bak kata org melayu and paling saya suka ada sambal goreng. Urap kelapa/serunding kelapa tu ada sedikit manis to my liking
Harga - SGD 16.00 which abt RM 42.00 untuk dua orang makan tak termasuk tambahan lauk dan air.
Layanan - ada sedikit kurang mungkin kerana orgnya ramai dan terpaksa beratur untuk menunggu
Keselesaan - Kafe ni kecil dan ada beberapa meja saja, Jadi kena tunggu and agak sempit bak kata org melayu duduk berlaga punggung le jugak.
p/s Anybody yang nak mulakan makan dlm talam kat Malaysia?
Labels:
Food review
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yeeeey
ReplyDeleteKak sya mnulis
Sy pun suka nasi ambeng
Yeeeey
ReplyDeleteKak sya mnulis
Sy pun suka nasi ambeng
Yummy ! Mmg portion is quite big for 2 but if tgh lapar.. Ngap jer lah
ReplyDeleteThe one in Bedok also big portion
DeleteMasa kat shah alam dulu ada ler juga mkn nasi ambeng .... tp tak menepati citarasa...hamp3h
ReplyDeleteKak ani baru ni aku gi kat Bedok simpang lagi sedap dr ni
Delete