Wednesday, May 20, 2015

9. MI UDANG MMA SANTAI CORNER



Ha ha letak gambar je saya dah kelior.. smlm saya pi makan mi Udang kat MMA Santai Corner.  Yg ni Mi Udang L. ada 10 ekor udang harga RM 12.00.  Harga sedap cuma a bit sweet for my taste.  Apa pun berbaloi2

Kat MMA Santa Corner ni ada macam2 .. ada Burger Bakar .. Sate Kajang.. Asam Pedas.. Western .. Sizzling.. eh macam2 lah.. sapa yg nak tau kat mana tgk address and  map ni

MMA Santai Corner

Putra Point
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan 


Wednesday, May 13, 2015

8. CILI HIJAU GORENG KICAP


Saya tak tau samada keluarga lain di Melaka ada resepi ini. Cili Hijau Goreng Kicap.  Ini makanan kegemaran Kak Long saya. Bertahun Kak Long di perantauan UK, bila balik cuti Kak Long minta mak masak lauk ni.  Lauk ni simple dan kepedasan bergantung pd cili hijau tu.  kalau rasa2 pedas boleh buang cilinya.  Kebiasaanya saya akan belah dua tanpa putus cili hijau tu dan direndam sedikit kapur sebelum dicuci bersih (air kapur buang) untuk merangupkan cili.   Dalam gambar di atas saya malas rendam ngan kapur sbb nak cepat and saya tak belah cili sbb leceh bg saya

Resepi

Bawang besar sebiji - dimayang
Bawang putih 3 ulas - dimayang
Halia sedikit - dihiris memanjang
10 biji cili hijau - belah dua n rendam air kapur sekejap selepas itu cuci supaya tiada bekas kapur di cili
Ikan bilis sedikit
Kicap manis n masin
cuka
Minyak

panaskan minyak, masukkan bawang, halia n bwg putih kacau hingga layu, masukkan ikan bilis dan kacau hingga sedikit garing, masukkan cili kemudian cuka dan kicap. Rasa utk sesuaikan masam, manis n masinnya.

Orang lain mungkin pelik sbb cili hijau dibuat sayur...tapi saya dan adik beradik saya memang suka lauk ni. lagi pedas lagi sedap.

Tuesday, May 12, 2015

6. HOMECOOKED FOOD - KUINI

Mana2 pun makan .. makanan masak kat rumah paling sedap.. he he..ni kes masuk bakul angkat sendiri. Tapi memang sume chef mcm tu kan. Lepas masak2 terus rasa pastu kata

Emmmmm... it looks good.. can't wait to eat.. its delicious. .succulent .. melt in the mouth.. bla bla..

Tak penah ada Chef yg masak kt tv tu ckp dia masak tak sedap kan?

Anyway.  Balik kg baru ni Bapak bg banyak Kuini. 4 biji bg kat PATKSU Kementerian sbb ke PUJ pagi tadi .. 2 biji bg cleaner  opis.. 6 biji makan ngan opis mate. Tinggal 3 biji kat rumah.

Masa nak masak dinner (walau dah kol 9 mlm.. mana tak gedebab aku ni) kuarkan pucuk ubi kak long bagi.. cari tempoyak takde lak stok. Nak letak kuini dlm masak lemak pucuk ubi mcm pelik aje. 

Tanya Makcik Googlay sume buat sambal belacan kuini. Apa pun ada sebiji yg agak muda mak dicampakkan dlm kuah lemak tu. Rasa sedap gak.


2 biji yg manis sebhgn jadi sambal belacan sebahagian lagi jadi desert..




Alhamdulillah. .. sendawa cam ada bau kuini je.


Monday, May 11, 2015

5. ROTI CANAI P16, PUTRAJAYA

Favourite place for breakfast
Setiap kali saya ditugaskan ke Putrajaya di waktu pagi, saya akan singgah sarapan di sini.  Di gerai no 5, Pusat Komuniti Precint 16, Putrajaya. Di sini senang parking, letak kereta di mana sahaja asalkan jgn menghalang jalan atau kereta org lain.  Ni gerai ore Kelate, so makanan yg dijual juga selera Kelate.. ada laksam, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan roti canai.  Selalunya saya akan makan roti canai atau nasi kerabu.  




Yang pasti saya akan mengambil Gulai Daging ni semangkok penoh.. tak kira apa pun yg saya makan Gulai Daging ni wajib.  walaupun saya cuma makan daging sahaja dan bukan segala organ dalaman (paru. limpa and hati).  Yg ni saya tak sempat nak menapis dan memilih daging sbb tuannya ada kat sebelah, takut ditegur. .. ada lah termasuk limpa gak


Hari ni saya makan dua keping roti boom.. agak manis sikit kat bahagian tengah. tapi oklah .. saya kalau makan roti canai memang cari orang Melayu yg buat. Kalau bangsa lain memang susah nak telan.

Portion size - Roti boom ni tebal dan mampat, beli sekeping mcm tak cukup beli 2 keping tadi tak habis lak ...cheh!!!! membazir amalan syoitan.

Rasa - oklah bg tekak saya, tak ler super duper sedap roti tu, tapi gulai tu sedap walau agak berminyak.

Harga - RM 5.00 termasuk 2 keping termasuk gulai daging semangkuk ..

Layanan - self service tapi servis memang pantas, baru cakap nak air tak sampai 2 minit dah letak atas dulang utk kita collect. Ada kalau lambat sikit esp kalau org gomen ramai2 dtg makan

Suasana - kipas angin je, so kalau makan memang peluh2.  Saya tak kisah makan sorang kat situ walaupun ada mata2 yg megerling,. who cares .. duit aku .. suka hati lah... 





4. FISH BENTO - DAEBAK KOREAN FOOD

Sebelum panjang lebar, saya nak tekankan yg saya bukannya blogger food review yg tegar, order sume makanan dan komen.  Ekonomi mereka tegar juga berbanding dengan ekonomi saya yg lemah ni, maka saya cuma review makanan yg saya order dan makan.  Lagipun kalau order tapi tak habiskan.. itu amalan syoitan namanya... membazir.

Balik dr keja minggu lepas saya singgah di KLSentral utk makan.  Di KlSentral ada food court baru dibuka bersebelahan stesen transit ERL KLIA dan berhadapan pintu LRT Putra - FOOD LOFT.  Ada banyak kedai di situ termasuklah kedai mamak, kedai nyonya, mi tarik warisan,coffee cafe etc etc.

Disebabkan saya menonton drama Korea baru ni maka craving for Korean Food.  Di NuSentral bersebelahan ada kedai makanan Korea - B. Bap juga yg sedap esp kimbapnya tapi saya ada buat kecoh sikit hari tu kat sana pasal "service charge".. ha ha ha takut mereka ingat pd saya lagi. Tunggulah sampai mereka lupa muka saya .. ataupun saya boleh ke K Avenue aje.

Di Daebak Cafe ni ada mcm2 makanan Korea termasuk bulgogi, bibimbap dan lain2. Tapi kali ni saya tak nak makan daging atau ayam makan saya pilih Fish Bento. 


Harganya termasuk bap (nasi putih), kimchi, gamja salad (mash potato salad), gyeranmari (Korean egg roll), cabbage salad with mayo, Seng Sung Jeon (Fish fillet - rasanya ikan Dori), tartar sauce, tembikai dan Korean dropped-egg soup.  Air hijau tu complimentary utk set meal - green tea lemon barley drink.


Saya suka rasa hidangan saya, ikannya segar dengan tartar sauce yg masam manis dgn kuantiti yg tidak kedekut.



Lihat... very flaky and yummy, dua keping besar yg mengenyangkan.

Portion size - oklah utk saya makan malam

Rasa - menepati selera saya walaupun kimchinya agak masam.. (saya kurang gemar kimchi masam sgt)

Harga - 1 set RM 15.00 (termasuk GST)

Layanan - oleh kerana ia food court maka layan diri lah, order di kaunter, bayar dan tunggu.  Mungkin pelanggan tak ramai saya menunggu sekejap sahaja. Ownernya ada disitu semasa saya dtg jadi dia melayan dengan penuh mesra.

Keselesaan - Bersih dan selesalah juga walaupun bangkunya agak kecik utk saiz besar mcm saya, tapi jika kita makan tanpa ada minuman, kita akan diganggu pelayan menawarkan minuman utk kita order. Apapun saya selesa makan sendirian di situ.