What can I say......droollllllllinnnnggggg
Sedap.. sedap. Ini kali kedua saya berkunjung ke Hajjah Mariam Cafe, di West Gate, Jurong East, Singapore. Speciality Hajjah Mariam Cafe adalah Nasi Ambeng, although ada juga makanan-makanan lain untuk nasi campur and lontong or soto which saya tak berapa tau since concentrate pd Nasi Ambeng. kelainan kat sini adalah nasi ambeng dihidangkan di dalam talam/dulang. Teringat masa kekecik makan dalam dulang bila ada kenduri doa selamat atau majlis kawin. Yang gambar kat atas tu saiz dulang air adalah untuk dua orang. Kalau untuk 4 org dulang/talamnya besar sikit. Orang Melaka kata dulang kecik tu dulang air and dulang utk 4 orang tu dulang hidang kueh.
Yang di atas adalah kombinasi Nasi Ambeng Daging dan Ayam. Itu saja perbezaannya. Yang lauk lain sume sama. Ada sambal goreng (ala Singapore) serunding/urap kelapa, sambal belacan, pegedil dan acar. Yang di atas acarnya dah habis jadi digantikan dengan terung... anyway saya pun kurang gemar acar so its ok. Selain dari itu kita boleh order ikan dan lain-lain lauk extra, Untuk take away pun mereka ada talam plastik dengan cover lengkap.
Portion size - besar, kami makan berdua pun tak habis. Apa taknya nasi dua mangkuk lauk.
Rasa - sedap, berasalah bak kata org melayu and paling saya suka ada sambal goreng. Urap kelapa/serunding kelapa tu ada sedikit manis to my liking
Harga - SGD 16.00 which abt RM 42.00 untuk dua orang makan tak termasuk tambahan lauk dan air.
Layanan - ada sedikit kurang mungkin kerana orgnya ramai dan terpaksa beratur untuk menunggu
Keselesaan - Kafe ni kecil dan ada beberapa meja saja, Jadi kena tunggu and agak sempit bak kata org melayu duduk berlaga punggung le jugak.
p/s Anybody yang nak mulakan makan dlm talam kat Malaysia?